Monday 5 August 2019

Trip to Bali-Jogja (In memory of abah)

Part 1: Bali
Assalamualaikum.
Lama sungguh saya tak menziarah blog ni. Kesibukkan mendidik anak bangsa lebih utama dpd blog ni...so jangan ambil hati sangat😁. Saya terdetik nak jengah blog bilamana saya tercari2 pic arwah abah (pergi pada 4/8/2019, 830pg). Rasa rindu pada abah da mula menyengat di rongga hati dan menyelubungi ingatan. Saya fikir, there will no other way for me to nail the memory unless it is written. I have very bad memory...takut2 bila nak mengingat semula...semua jadi kabur. So...i dedicated this journal especially for my late father, Chamili bin Sajat, yg baru sahaja ke rahmatullah pada pagi Ahad lalu.

Trip ni asalnya saya rancang utk ke Bali-Lombok. But since lombok was struck by Tsunami and earthquake, pihak AA cancel flight n refund fare 4 months before the flight date. So yg tinggal, ticket masuk Bali tapi tak tahu nak balik dari mana...Hasil perbincangan dgn en suami...we decided to go to Yogjakarta. Asal beli tiket untuk kami ber4 beranak...Saya, suami, imran dan aisyah. Tapi, bila imran da start kerja bulan 12/2018 (sebaik balik dr Aussie Trip), de da bagi hint...tak bole ikut ke Bali. So, saya beli ticket flight balik utk 3 org...saya, hubby and aisyah.

Seperti tahun2 yang lalu, Trip Indon merupakan trip cuti CNY kami sekeluarga. Mula dr Jakarta, Bandung dan Batam...2019, kami masuk Bali dan Jogja. Saya inform adik beradik lebih awal untuk giliran jaga abah ketika cuti. Oleh kerana, kami mula bercuti pada 3/2/2019 iaitu Ahad, saya minta adik2 balik lebih awal sbb saya nak buat family meeting. Alang2 cuti awal, kami terus buat kenduri arwah pada malam Sabtu 2/2/2019 (1/2, KL cuti hari Wilayah). Malam selepas kenduri...kami terus buat family meeting, perihal abah nak pergi haji. Selesai meeting, abah bagitau...nak ikut saya sekeluarga ke Indon....terkejut saya sbb abah tak pernah nak ikut saya berjalan wpun dah byk kali offer. Bila abah kata nak ikut, saya terus tgok AA flight fare...umangaiiii...rege macam return flight KL-London nun😱😱😱😱 Tapi...abah punya pasal...duit xpernah jadi masalah.

Pagi 3hb adik saya, Kapt Amri, terus ke Pej Imigresen Muar,  renew passport abah. Lg pun mmg nak buat utk persediaan abah menunaikan haji kelak. Balik dari Muar, kami terus ready utk gerak ke KLIA2. Dalam jam 3 petang, saya sekeluarga (naik kereta Imran) dan abah (naik kereta Kapt Amri) menuju ke KLIA2. Kami tiba dalam jam 630 petang. Kami sappedek dulu di NZ. Selesai semua, baru check in. Alhamdulillah...abah ok. Everything went smoothly sepjg flight check in. Malah abah naik wheelchair and di bantu oleh AA crew hingga ke gate dan masa boarding. Wargatua diutamakan begitu juga kami, pengiring wargatua....T.kasih abah💋💋💋 and thanks to AA for the generous hospitality😍😍.

Flight departed 15 minutes late dan tiba dalam jam 1 pagi waktu lokal. Lagi sekali...abah dibantu oleh AA crew dan kami sbg pengiring diberikan keistimewaan...turun awal dr flight. Abah diiring hingga ke kereta sewa oleh crew AA Indonesia yg sangat cantik😁. Makasih ya mbak💖
Kami disambut oleh supir bernama Andik dari Zaidil Tour. Beliau ni org muslim, asal dr Jawa Tengah. Di bali kena hati2 sbb semua akan ngaku muslim and tak makan babi TAPI tu semua utk melariskan tourbiz mereka. Ramai kwn2 saya da terkena...alhamdulillah, saya dapat Zaidil Tour yg tak menipu...
Avanza Andik terus bawa kami ke penginapan 4h3mlm kami di Jimbaran Lestari Hotel and Residence Spa terletak Selatan Kuta.
Sebaik tiba kami terus diberikan pelayanan yg memuaskan. Oleh krn penat, masing2 cepat2 jer cari port tidur sbb esok jam 9 pg da nak keluar.

Ok sambung ke Part 2 ye...da penat nk ingat semula and menulis😁







Monday 18 August 2014

Sabah Trip 2014 (26 Mei 2014 - 2 Jun 2014)

Assalamualaikum...

Dah bertahun tak buka blog dan tetiba terasa rindu nak menulis di blog ni. Mungkin sebab tiada benda nak bercerita tentang jalan-jalan atau yang bersangkut paut dengan kelab ni.

Tapi pada cuti sekolah pertengahan tahun yang lalu, saya dan beberapa ahli KJC telah sekali lagi menempah kenangan jalan-jalan percutian kami ke Sabah. Mungkin ramai yang seperti tidak percaya kerana disepanjang perjalanan yang hamper seminggu ini kami memang betul-betul meronda negeri Sabah! Bermula di Kota Kinabalu-Kundasang-Sandakan-Semporna-Tawau-Kota Kinabalu. Saya akan ceritakan aktiviti kami disepanjang seminggu percutian kami ini.

Hari1: Kota Kinabalu
Oleh kerana ketika pembelian tiket AirAsia adalah ketika jualan tiket murah (September 2013), ketibaan kami di KK terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan 1 tiba pada 11.57 malam di Terminal Lapangan Terbang ke 2 KK. Kumpulan ini seramai 23 orang ahli yang terdiri dewasa dan kanak-kanak. Ketibaan kami di sambut oleh Encik Kamil (owner transport - bas) dan wakil dari Hawani Apartment. Bas yang kami naiki adalah bas charted (bajet kami murah jer). Alhamdulillah, ada aircond walaupun nampak secara lahiriahnya macam hidup segan mati tak mahu...:)

Setelah menyelesaikan apa yang sepatutnya dengan En Kamil, soal pembayaran bas tentunya..., kami diperkenalkan dengan pemandu bas yang menurut En Kamil sangat bertanggungjawab. Kemudian kami di perkenalkan pula dengan wakil dari Hawani Apartment (alamak...lupa nama la...). Kami angkut barangan dann msukkan ke dalam bas. Kami meneruskan perjalanan ke Hawani Apartment yang terletak di Putatan (10 min perjalanan).

Sesampainya kami di bangunan 3 tingkat milik Hawani Apartment...sekali lagi saya mengucapkan syukur kerana walaupun murah (RM100 - RM170) semalam, kami berpuashati. Bilik air, dapur, ruang tamu dan bilik-bilik dalam keadaan bersih walaupun tiada perabot yang up-to-date. Cuma 1 perkara jer...(sorry yer Hawani Apartment, kami kekurangan bantal...). Untuk kumpulan 1 2 apartment di tempeh dan kedua-duanya terletak di tingkat bawah.

Malam itu, selepas membersihkan diri kami berehat. Sesungguhnya kami sudah tidak sabra-sabar utk melakukan aktiviti keesokkannya iaitu berjalan-jalan di sekitar Bandar KK.

Saturday 5 April 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah lama sangat saya teringin mempunyai blog sendiri yang bertujuan untuk berkongsi hobi kami sekeluarga yang memang giler berjalan ni....Dulu pernah ada sekali tapi bila dah lama tak buka, saya terlupa kata laluan.....finally ianya berkubur begitu sahaja...Harap-harap kali ini, segala impian saya untuk mewarnai blog dengan semua aktiviti jalan-jalan akan tertunai...Insyaa Allah.

Rupanyer bukan senang nak buat blog ni. Nampak senang tapi nak kena main-main banyak kali baru la jadi. Itupun masih terkial-kial. Saya budak masih belajar, kalo salah harap-harap adalah yang akan tunjukkan, ye...tq.

Pembuka post ni nampak macam skema sikit coz masih baru. Nampak kaku n keras kejung je bila berbicara...Semoga lepas-lepas ni akan lebih lancar dan santai. Hmmm....saya rasa cukup kot setakat ni...walaupun banyak benda nak di kongsi tapi sabar ye... saya akan cuba masukkan perlahan -lahan. Bahan dah banyak n semuanya berterabur...tinggal untuk dikumpulkan di blog ni. Kepada viewers yang turut nak berkongsi pengalaman aktiviti jalan-jalan, jom join kelab saya ni ye...sangat lah dialu-alukan....

Semoga kita bersua lagi di lain post...